|Puisi| Wanita dan Bangun Pagi

|Puisi| Wanita dan Bangun Pagi

  • Post category:PUISI

Oleh: Melur dan Bias

Wanita dan bangun pagi,
tidak mengapa,
faham.

Aku angguk,
kenapa dia membencikan,
tembakau dan candu.

Udara ini
tidak akan lagi segar,
rumput dan embun.

Seperti selalunya.

Wanita dan bangun pagi,
tidur lena sebentar,
faham.

Aku angguk,
kenapa dia suka
berteriak tengking.

Subuh itu rezeki.

Wanita dan bangun pagi,
tidak mengapa,
kalau

tidak cantik lagi.

Leave a Reply