TUNTUTAN BERKAITAN KEPULANGAN MAHASISWA KE KAMPUS BAGI SEMESTER 2 SESI 2020/2021

TUNTUTAN BERKAITAN KEPULANGAN MAHASISWA KE KAMPUS BAGI SEMESTER 2 SESI 2020/2021

  • Post category:Mahasiswa

KENYATAAN BERSAMA

1. JAMINAN MAHASISWA PULANG KE KAMPUS BAGI SEMESTER 2 SESI 2020/2021.

Pengumuman terbaru lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai mahasiswa. Hal ini kerana pengumuman ini dirisaukan memberi kesan kepada status kepulangan mahasiswa ke kampus seperti yang dinyatakan akan berlangsung pada awal Mac 2021. Oleh itu, kami menuntut agar diberikan jaminan berkaitan kepulangan mahasiswa ke kampus pada Mac 2021 secara jelas.

Bagi mengelak masalah yang sudah berlaku sebelum ini, hal ini penting bagi memastikan tidak berlaku masalah kerugian dari segi kos atau wang ringgit dalam kalangan mahasiswa yang telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke kampus, kos sewa rumah dan sebagainya. Pihak KPT perlu mengeluarkan pekeliling yang konsisten agar tidak merugikan banyak pihak.

2. PENETAPAN TARIKH DAN TEMPOH YANG JELAS MAHASISWA PULANG KE KAMPUS.

Kami juga menuntut agar pihak KPT memberi tarikh dan jangka tempoh yang jelas bagi mahasiswa pulang ke kampus pada Mac 2021. Hal ini bagi memastikan mahasiswa dapat bersedia lebih awal sebelum pulang ke kampus dan dapat menyediakan wang yang cukup bagi membiayai tiket penerbangan mereka nanti. Kami tidak mahu berlakunya isu dimana penetapan tarikh yang mengejut dalam masa terdekat. Hal ini akan memberi kesan kepada kesediaan mahasiswa dalam aspek pembelian tiket penerbangan dan beberapa hal persediaan lain.

3. KADAR HARGA TIKET PENGANGKUTAN/PENERBANGAN YANG BERPATUTAN.

Kami juga memohon agar pihak kementerian mempertimbangkan untuk berkerjasama dengan syarikat pengangkutan atau penerbangan atau yang berkaitan bagi mendapatkan harga berpatutan. Mahasiswa sebagai salah satu anggota masyarakat tidak terkecuali untuk terkesan secara ekonomi dengan penularan Covid-19. Bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri baru-baru ini turut menambah lagi beban ekonomi rakyat.

4. MEWAJIBKAN UJIAN SARINGAN SWABTEST DILAKUKAN KEPADA SEMUA MAHASISWA YANG AKAN PULANG KE KAMPUS DENGAN KOS YANG DITANGGUNG OLEH PIHAK KERAJAAN.

Demi menjamin keselamatan mahasiswa secara keseluruhan, ujian saringan swabtest wajar dilakukan kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam pergerakan pulang ke kampus pada Mac 2021 nanti.

Ujian saringan swabtest ini penting bagi memastikan langkah pencegahan dan berjaga-jaga dapat dilakukan lebih awal. Kami juga mencadangkan agar kos ujian saringan tersebut ditanggung oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh mahasiswa.

5. PENGLIBATAN WAKIL MAHASISWA DALAM PERBINCANGAN BERKAITAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) DI PERINGKAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) DAN UNIVERSITI.

Badan Pelajar seperti Kesatuan Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) wajar dilibatkan dalam segala perbincangan berkaitan Standard Operating Procedur (SOP) di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti. Ini bagi memastikan segala SOP yang ditetapkan tidak hanya melihat daripada perspektif KPT tetapi turut melibatkan perspektif mahasiswa yang akan terkesan secara terus dengan apa-apa keputusan.

DISOKONG OLEH:

1. SUARA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2. PERSATUAN BELIA HARMONI MALAYSIA
3. KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (KMUM)
4. SUARA SISWA UNIVERSITI MALAYA
5. ANGKATAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
6. DEMOKRAT UNIVERSITI MALAYA
7. UMANY
8. SUARA MAHASISWA UTHM
9. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
10. DEMOKRAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
11. PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA
12. KELAB SASTERA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

4 FEBRUARI 2021

“DARI MAHASISWA KEPADA MAHASISWA, DARI MAHASISWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA!”

Leave a Reply