SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Suara Perjuangan Kita Sudah Mati

|Puisi| Suara Perjuangan Kita Sudah Mati

Oleh : Muhammad Julazman Jupri

Suara perjuangan kita sudah mati
pejuang kemerdekaan juga sudah digari
para pemidato juga sudah dibunuh
barisan penentang juga sudah diruntuh.

Mereka kata mereka adalah pencinta kedamaian
tetapi semakin ramai saudaraku yang mati kelaparan
mereka kata mereka ingin mempertahankan hak
tetapi semakin ramai saudaraku yang mati dipijak.

Mereka kata mereka memperjuangkan keadilan
tetapi semakin ramai saudaraku yang mati di jalanan
mereka kata mereka adalah golongan demokrasi
tetapi semakin ramai saudaraku yang dihumban ke pagar besi.

Benarlah suara perjuangan sudah mati
mati dibunuh bangsaku sendiri.



Leave a Reply

Close Menu