|Puisi| Skrip Malaikat

|Puisi| Skrip Malaikat

  • Post category:PUISI

Oleh: Rien Sd


Eh, sinilah!
Aku punya rahsia
aku bancuh dengan jampi rencah
semalam selepas cawat
sudah kulondeh
aku mendengar skrip
para malaikat taat
di celah surah Al Mukminun
tentang para kabilah
lanun Quraisy
yang mencopet murba di Arafah
membakar khemah Ben Rabah
malaikat taat tercegat
lupa skrip yang sudah dihafaz
tentang kufar lapar di Narathiwat
tentang ateis dibuang negeri
tentang pelarian kehilangan Arakan
tentang muslim Mindanao tanpa autonomi
tentang Yaman dibaham Saudi

mereka menyelongkar hijaiyah Al Kitab
dari An Nisa ke An Naba
mereka tak faham takwil
tiada mufassir yang berlawan
muhaddis hanya tahu hadis muhdas

lalu,
malaikat muncul
berdiri di bucu katil
mata belum terkatup
malaikat menghulur sekeping kertas kuning tertulis;
pakailah kepak kami dan berterbanganlah memahami hal yang terbisukan



Leave a Reply