SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Terbanglah, Menyanyilah dan Bergembiralah

|Puisi| Terbanglah, Menyanyilah dan Bergembiralah

Oleh: Mohd Rosyaidi

Buat apa lagi kau menjejakkan kaki
berjalan di lorong-lorong
yang tiada kesudahan itu?

Buat apa lagi kau meroyan
bersuara sumbang teriak-teriak
yang tiada erti apa-apa itu?

Buat apa lagi kau berpusing kepala
bermain fikir-fikir
tentang perkara yang sudah lali dan menyedihkan itu?

Sedangkan,
engkau sahabatku
sudah boleh terbang dengan angan dan cita-mu.

Sedangkan,
engkau sudah mampu untuk bernyanyi
bersama mereka yang engkau kasihi.

Sedangkan,
engkau sudah berdaya untuk bergembira
di sisi mereka yang kau kasihi tanpa berpening lagi.

Sahabat,
terbanglah
bernyanyilah
bergembiralah.

Leave a Reply

Close Menu