SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Tempur

|Puisi| Tempur

Oleh: Muhammad Julazman Jupri

Mahasiswa dari kota.
Mahasiswa dari desa.

Hari ini kita siap siaga,
pasang deria dengan lebih peka,
hari ini adalah hari kita,
perkukuhkan segala barisan jentera kita.

Persiapkan gerak kita gempur,
sediakan rentak kita tempur,
redah segala duri dan lumpur,
maju takkan pernah undur.

Di bawah purnama,
ataupun mentari malam,
teruskan menerkam,
walau cahaya telah padam.

Kita tidak pernah kenal uzur,
hingga jasad kita terkubur,
kita tidak pernah takut gugur,
hingga jasad kita tidak lagi berdengkur.

Hari ini adalah milik kita.
TEMPUR!

(Dedikasi buat komrad Suara Mahasiswa)

Leave a Reply

Close Menu