SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|PUISI| Pia Pia Fu di meja JPN
Image from Malaysiakini.com

|PUISI| Pia Pia Fu di meja JPN

Oleh: W. Azzuar

Seorang pejudi menunggu giliran
dalam fail siaga daun-daun berkuasa
zikir halal dalam hal ini

sejalur lampu menyuluh kaunter 4
daun-daun berkuasa disusun
penjaga kaunter sinis dalam santun
daun-daun di-cong; surat beranak lewat kelahiran, salinan kad pengenalan, surat sokongan

sang pejudi persiapkan kuda-kuda
penjaga kaunter memilih dan menaip
taruhannya bukan dinar dirham
tetapi masa hadapan anaknya

Sesekali jelingan mereka bersilat
ombak di jemari si pejudi
simpati penjaga kaunter belum terbit

daun terakhir dilempar
gelora sekarang di mata,hati dan jari
telefon genggam berdesing
“Nak, bapa kalah lagi. Teruskan sembunyi di khalayak. Esok kau pasti warganegara.”

Alamesra, Kota kinabalu

Leave a Reply

Close Menu