SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Lautan Hutan Konkrit

|Puisi| Lautan Hutan Konkrit

Oleh: Mohd Rosyaidi

Mata nikmatilah
pandangan yang gah dengan kebanggaan
berdirinya pokok-pokok segak
berbatangkan simen-simen

Mata nikmatilah
sungguh nian pemandangan
jalan-jalan dihiasi rimbunan pokok
beruratkan dawai-dawai besi

Mata nikmatilah
dengan terpegunnya melihat
pantulan-pantulan cahaya
daripada daun-daun pokok
bersalutkan kaca-kaca.

Oi manusia!
Berbanggalah dengan
teguhnya berdiri tumbuhan
konkrit yang menjadi mercu
kemajuan dan pembangunan alam kini

Oi manusia!
Dingin dan damailah
bersama lorong-lorong kecil
dulunya merdu dengan kicauan burung
kini hanya dinyanyikan irama air paip yang bersiul

Oh manusia!
Berjalanlah di atas jalanan
diiringi keliaran haiwan-haiwan yang berpacu
sekalian hembusan-hembusan nafas berasap.

Oh manusia!
Duduk dan tenanglah di atas permukaan
dulunya menghijau diliputi rumput-rumput
kini keras oleh jalanan untuk haiwan berpacuan.

Wahai manusia!
Nikmatilah udara segar
hasil lepasan daun-daun pokok
di lautan hutan konkrit yang kini menenangkan

Ayuh bersemadilah kita
di timbunan-timbunan hutan
yang bukan hijau pada warna ini.

Leave a Reply

Close Menu