SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Kosong

|Puisi| Kosong

Oleh: Sabir Syarifuddin

Sebutir rasa
menggelegak mencari resah
nikmat niat
bingung mencari rahmat
entah ada atau tiada
sedang ia, aku dan dia
cuma secebis menjalani
tanpa sebutir cuma.

Cuba kerat seerti kasih
biar terbalas sejuta rindu
apakah cabaran mencari rasa?
Atau hanya pemuas cuma.

Ahhh..
Ku cuba robek
segumpal persoalan
atau keinginan cuma
entah usaha
atau menanti cuma.
Rasakan!
Semut saja punya tujuan.

Hilang aku dari khayalan
lesap aku beribu soalan demi soalan
jawapan itu bukan jawapan
cuma penantian pengakhiran
sebagai pemuas segala pencarian
maka sebuah erti kebenaran; sakit!
Sakit!

Katanya;
sakit modal peroleh nikmat
nikmat petanda rinduNya
kadang perit
atau sekerat.

Asap ini hembusan terakhir
sebelum cerita berakhir
tanpa jawapan mutakhir
cuma kepalaku pusing terus berfikir.

Katanya;
Rasakan!

Alamesra, Kota Kinabalu
23 June 2019
5.07am

Leave a Reply

Close Menu