|Puisi| Impianku

|Puisi| Impianku

  • Post category:PUISI

Oleh: Achmad Fatkur

Damailah di sana wahai lautan yang tenang
tidurkan dirimu di atas pangkuan nelayan
mereka tidak tidur
mereka tidak makan
keranamu mereka berserah.

Hasil hari ini adalah untuk anak-anak mereka
nasi kosong hanyalah santapan hari-hari
jambatan kecil menjadi laluan
selipar jepun kuning menjadi saksi setiap gerak langkah.

Mereka bilang.

Ayah
aku ingin sekolah
baju koyakku walau hanyalah sehelai kain
seluar koyakku walau hanyalah seperca perlindungan
jiwaku tetap meronta
tapi ngerinya, masih di tempat yang sama
tiada ke mana-mana.

Ibu
hari ini catatan baru muncul dalam hidupku
hanya sekeping kertas dan pensil di tangan
impianku mula bernyanyi-nyanyi seakan-akan dunia baruku bermula
tapi ini mungkin cuma impian
yang tak pernah tergapai.

Aku ingin damai
tidak dihitung tidak dinafi
menuntut sekolah di atas air
mencapai impian tinggi di gunung.

Leave a Reply