|Puisi| Hujan

|Puisi| Hujan

  • Post category:PUISI

Oleh : Mohd Rosyaidi

Malam ini

hujan datang hendak menemani

kita-kita sedang menikmati nyaman

di tepi-tepi ini.

 

Melihat sosok-sosok

seharian menggagah diri

mencari suapan nasi untuk hari ini dan hari esok

untuk diri mandiri.

 

Hati mula sayu

melihat hujan yang membasahi

dan sosok itu berkemas laju

supaya tidak dibasahi.

 

Menyaksikan sambil berteduh di kaki lima

hanya mampu menyaksi

serta membisu lama

tanpa ada apa-apa aksi.

 

Hujan seakan penghalang

tapi siapa tahu

hujan mungkin membawa menang

untuk mereka yang sentiasa memberatkan bahu.

 

Doaku kepada mereka

semoga hari ini dan esoknya

Tuhan merestui rezeki mereka

agar mereka sentiasa ada-nya.

Leave a Reply