|Puisi| Hal-hal Perang
Sumber gambar: Google

|Puisi| Hal-hal Perang

Oleh: Fazrul Azril

 

Berapa banyak lagi perang yang kita perlu?

Berapa banyak lagi agama harus  kita tunggang?

Berapa banyak lagi kemanusian harus kita ketepikan?

 

Anak anak yang hidup diagamakan

Diberi potret tentang perbezaan,

Di tunjukkan gambar gambar perang,

Perang yang tidak memberi hasil,

Kemenangan mahupun kemanusian,

Apatah lagi tentang masa depan,

Yang wujud,

Cuma lapangan masa yang musnah,

Pendidikan tentang benci,

Peluru jadi jarak antara kasih dan sayang,

 

Bendera besar berlambang bangsa,

Meraih untung dari perang,

Biar musnah kemanusian,

Asal kenyang poket kekuasaan.

 

CATATAN CATATAN YANG DIKURUNG RASA MURUNG DAN SENDIRI TENTANG HAL DAN NASIB NASIB MANUSIA LAIN DI RUANG JAUH

Leave a Reply