|Puisi| Guru Bangsa

|Puisi| Guru Bangsa

  • Post category:PUISI

Oleh: Mukmin Nantang

Hai guruku sayang
yang menjadi cermin
masa depan sebuah negara.

Masih kuingat sejarah guru
menyalakan api kemerdekaan
dikata penghianat oleh pemerintah
dikata gila oleh rakyat biasa
disisih dan dihina.

Guru bukan ahli politik
namun gurulah yang membela
nasib bangsa di kala pemerintah
salah guna kuasa.

Guru bukan peguam bela
atau hakim petah berbicara
namun gurulah jujur bercerita
tentang keadilan nusa bangsa.

Guru bukan pakar perubatan
namun gurulah yang memahami
kesakitan,
kemiskinan,
penindasan,
mengubati, membalut luka dan berkorban.

Anak binimu tak makan,
kurang perhatian menunggu kepulangan
kau menghabis harta dan masa
membangun anak bangsa
di luar bilik darjah.

Guruku sayang matimu
meninggalkan nilai perjuangan.

 

Leave a Reply