SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
| Puisi | Gong Xi Fa Chai
Kredit gambar oleh Abeden di Twitter @tkdnxv

| Puisi | Gong Xi Fa Chai

Oleh: Melur dan Bias

Gong Xi Fa Chai
walau kawan-ku cuma
tauke, ahpek dan nyonya
mana yang lain, se-usia denganku
mungkin bekerja di luar negara
Taiwan,  Hong Kong,  atau Singapura
ada juga di China, jauh sekali

Apa membuatkan,  aku berucap kasih
katanya mahu membangun se-sama
kilang- kilang semua di bandar
kerja kotor lombong di ganti jentera
mesin judi tiada bertulis ‘bismillah’
walau, tamu bermuka melayu

Gong Xi Fa Chai
letupkan mercun ber-papan
sampai menganggu lena semua
naga dan singa semakin pupus
di-gantikan dengan persatuan seni
tidak seperti bangsa-ku
cuma punya ‘seni’
bila di-landa hina dan provokasi

Gong Xi Fa Chai
kenapa ada juga, Melayu?
Cincai-lah, selamat tahun baharu

Gong Xi Fa Chai

Melur dan Bias
Khamis, Januari ke-23, 2020
Raub, Pahang

Leave a Reply

Close Menu