SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Dari Terminal B

|Puisi| Dari Terminal B

Oleh: Melur dan bias

Menunggu jam bodoh
menganggu tenteram.

Sunyi dari terminal B
beg bagasi bersandar
menggigit kerepek ubi
balut memecah sunyi.

Tidak tahu bagaimana
ada yang tidur lena
seperti juga ada sama
menghukum jam bodoh!

Bila terlalu lewat…

Terlalu cemas
bingung menghentak kepala
bila telefon kematian bateri
perlu disambung fungsi.

Baju telah siap pakai
cermin pagi tidak menipu
wajah yang masam
lesu menunggu jam bodoh.

Untuk menempuh hari
dengan senyuman palsu.

Leave a Reply

Close Menu