SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Puisi| Cari Kunci

|Puisi| Cari Kunci

  • PUISI

Oleh : Aakmal Yusop

Malam itu malam yang bebas,
acara dan upacara semua termeterai
tiada lagi isu rasmi dikupas
terlewatlah semua poin terbengkalai
mana perginya Si Pelilau malas
aksara asing di bumi Cathay
tanda memberi maklumat bagi yang jelas
tanpa kefahaman, hanya mengundang sakai.
 
Lalu mencarilah Si Pelilau akan kunci
bukan metafizika mahupun kledalaman erti
laluan pejalan kaki dan kereta diamati
bagus sekali kalau ada kedai-kedai
lama juga ditenung ke sana ke mari
besar sungguh kompleks pasaraya ini
lambat laun kereta pun sedikit damai
bawalah daku wahai kaki tanpa lugai-lugai!
 
Hampa isinya kompleks itu
mungkin pagilah waktu terbaik
hilang arah hilang malu
menutur bahasa cina asas
Haizi, Nuzi, pakcik, makcik
“Mana klik-kluk, klik-kluk, kicik, lu?”
aduh, geleng kepala kakak!
Keluarlah kamu dari situ.
 
Si Pelilau mencari lagi akan kunci
pelindung beg bagasi yang disaratkan
sempit dengan  kain dan ilmu tiga hari
pusing ke mana lagi dalam pekan ini
Sang Pelilau mengambil langkah kanan
mengorak langkah ke kiri jalan
kereta bas motor basikal kemabukan
hak keutamaan mereka di jalan
laluan zebra pun tiada dicatkan.
 
Allahu, mana lagi haluan dia
tidak tertanya yang senyum-senyum bahagia
anggota masyarakat tempatan merasa
tambahan kemakmuran negara China
anggapnya dia bahasa cina asasnya
tahan dengan cabaran biasa
akur dengan bangsa asalnya
tembak sahaja dalam bahasa Malaysia.
 
Puchetau, putong, puchetau, putong
langkah longlai mengukur haluan
putarnya jam minit saat sekilas pandang
entah lorong entah jalan sekian
patah balik ya musafir jarang
lawan arah kembali ke awalan
pastikan tiada tertinggal barang
enakmen pertama bagi yang berlilauan.
 
Terjumpa encik mempromosi jim
menari gaya mengangkat dumbbell
termasuk juga kuak lentang demam
menggamit bakal pelanggan tegal
Niyaucunali, Si Pelilau mendengar
Woyaucaolock, itu dijawab ringkas
tidak difaham sang pengiklan berkobar
keluar app mencari kata balas.
 
Sekelumit kebaikan manusia tersingkap
orang tempatan melayan anak asing
sabar dia akan ajnabi dengan cekap
merangkul erti dari gibberish bising
Namian, henyuan tunjuknya Si Pengiklan
Keyi, kata Si Pelilau, berani menuju jalan gelap
Si Pelilau dihalau lebih ke depan
Depan lagi, depan lagi, depan lagi!
 
Kunci kecil harga 12 yuan
bertukar tangan dengan akad senyap
ketawa kecil Si Pelilau akan
banyaknya risau tadi menghinggap.

Leave a Reply

Close Menu