|PUISI| Buntu

|PUISI| Buntu

  • Post category:PUISI

Oleh: Nadi Hati

Masa berlalu perlahan
Terdengar jelas setiap detak jantung
Khabarkan derita bertarung
Titis demi titis keringat
Mengalir lesu di permukaan pipi
Memaknakan jerih-payah itu

Dihulur perlahan tangan
Penuh pengharapan agar disambut
Dalam keluh kesah
Mata dipejam, nafas dihembus panjang
Tanpa tahu penghabisan

Leave a Reply