|Puisi| Buat Ibu

|Puisi| Buat Ibu

  • Post category:PUISI

Oleh: Syed Ahmad Fathi

Kala dunia berkecamuk
Masharakat berakal tak berhati mengamuk
Manusia bertanya makna ini hari
Dia pun memelukku membawa lari

Setiap hari berhujan peluru
Menusuk merosak masuk ke kalbu
Anak kecil disimpan di hati terdalam
Jauh dari dunia yang kelam

Anak kecil belajar berdiri
Dia pun menawar diri menjadi murabbi
Mengajar seni tanpa pernah lena
Dan dunia kosong diberi makna

Dunia keras memberinya lelah
Demi anak kecil dia tak mungkin kalah
Membesarlah anak kecil dengan nasi
Walau perutnya sendiri tidak berisi

Sehingga anak kecil bersedia
Pergilah kau anak membaiki dunia
Dikucup pipi dengan air mata
Bagi ibu kaulah permata

Semoga hidupmu menjadi lantera
Menerangi api membebas manusia
Di depan tuhan nanti ibumu kan berkata
Oh tuhan, aku telah menyampaikan cinta!

Leave a Reply