NAMAKU HASSAN

NAMAKU HASSAN

Oleh: Oui bin Sal

Dalam perjalanan aku ke rumah seorang kawan tiba-tiba motosikal honda yang ditunggangi aku telah terbocor tiub di tengah jalan. Selepas diperiksa tayar belakang rupa-rupanya paku berkarat satu inci setengah telah melekat di celahan bunga tayar motosikal. Pada fikiranku untuk menunggang sudah tidak mampu maka terpaksalah gelek motosikal itu ke bengkel motosikal terdekat.

Jam ketika itu pukul 12.00 tengahari tika matahari tegak atas kepala, saya pun menggeleklah motosikal dalam cuaca panas terik. Setelah tiga kilometer menyorong motosikal maka sampailah di sebuah bengkel motosikal berlabel Siang Motor. Pada masa itu, aku merasa keletihan setelah kudrat telah digunakan sepenuh mengheret motosikal tadi.

Sesampai di bengkel Siang motor, aku ternampak dua orang mekanik di kedai tersebut. Lantas aku menongkat motosikal di hadapan kedai itu. Salah seorang mekanik menyapa aku, “Kenapa bang ?” tanyanya ringkas.

“Bocor tiub, dik,” jawabku.

Kemudian mekanik mendekati motosikal aku sambil memerhati pada roda belakang motosikal. Nampaknya mekanik itu faham dengan situasi kebocoran tiub motosikal aku. Aku amat bernasib baik kerana tiada pelanggan lain melainkan aku seorang saja di bengkel masa itu. Jadi mekanik dapat membaiki motosikal aku dulu. Semasa menunggu mekanik menukar tiub motosikal aku, aku makin berasa dahaga dan lapar kerana pagi tadi belum bersarapan lagi.

Tetiba terdengar suara ajakan yang lantang menyapa dari dapur kedai siang motor barangkali isteri tauke mekanik itu.

“HASSAN… mari makan nasi dulu,” ringkas sapaan isteri mekanik.

Aku terkejut, mungkin beliau sudah menyiapkan sarapan tengahari. Tanpa segan silu, aku pun menjawab secara spontan, ”Oh… terima kasih terima kasih kak, saya sudah makan pagi tadi masih kenyang ni.”

Walaupun hakikatnya aku sedang lapar pada masa itu. Apa yang peliknya jawapanku tadi tidak bersambut. Senyap begitu sahaja seketika.

Oh. Alamak aku baharu perasan yang isteri mekanik pelawa tadi itu sebenarnya ditujukan pada kuli dia yang bernama HASSAN, yang mana namanya juga sama seperti nama aku. Lantas aku terasa malu. Ketika itu, mekanik itu sudah hampir selesai membaiki motosikal aku. Aku terus bayar kos membaiki motosikal itu dan segera bergegas dari situ dengan muka tersipu-sipu. Sambil menepuk dahi dalam hati aku berkata kenapalah aku pergi menjawab pelawaan isteri mekanik itu tadi. Dasar muka tak malu.

Leave a Reply