Memorandum Bantah Telah Sampai ke Pejabat Ketua Menteri Sabah

Memorandum Bantah Telah Sampai ke Pejabat Ketua Menteri Sabah

  • Post category:Gerakan

Notis perobohan struktur/bangunan Kampung Teluk Layang yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 7 Mei 2019 lepas kepada penduduk Kampung Teluk Layang. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku tanpa ada perbincangan yang jelas dan terperinci bersama penduduk kampung dan organisasi yang menggerakkan aktiviti sosial di sana.

Gabungan Mahasiswa daripada Suara Mahasiswa UMS, KARMA UMS, Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif telah bertemu dengan YB Dato Azis Jamman, ahli parlimen Sepanggar pada 18 Mei 2019 lepas. Perbincangan tersebut telah dipanjangkan kepada YB Tuan Arifin Asgali yang merupakan Pembantu Ketua Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Perjumpaan bersama YB Arifin kelmarin telah membawa suatu keputusan yang jelas. Di mana pihak mereka dan DBKK tidak akan merobohkan struktur/bangunan di kawasan kampung Teluk Layang. Sekiranya berlaku perobohan, mereka akan menyediakan tapak dan rumah terlebih dahulu sebelum merobohkan. Itu janji yang jelas daripada mereka.

Memorandum bantah beserta tuntutan dan laporan pendidikan Sekolah Alternatif juga telah diserahkan kepada YB Arifin dan beliau akan membincangkan perkara ini secara serius bersama Ketua Menteri Sabah.

Mahasiswa mempunyai aspirasi yang jelas dan sangat besar dalam membangunkan pendidikan dan menggerakkan aktiviti sosial demi kesejahteraan rakyat bawahan.

Perbincangan tersebut sedikit sebanyak telah memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk kampung dalam menjalankan ibadah pada bulan Ramadhan ini.

Namun, kita akan sentiasa berhati-hati dan tidak meletakkan kata percaya seratus-peratus kepada orang-orang politik. Sekiranya, sebarang keputusan bercanggah dengan hasil perbincangan, kita mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan lagi perlawanan yang lebih keras dan radikal.

Terima kasih kepada yang sering mendokong perjuangan mahasiswa! Ingat, di belakang orang kampung ada mahasiswa!

“Apabila usul ditolak tanpa ditimbang, suara dibungkam kritik dilarang, dituduh subversif dan menganggu keamanan. Maka, hanya ada satu kata : Lawan!”

#TelukLayang
#SuaraMahasiswaUMS
#KARMA
#BorneoKomrad
#SekolahAlternatif

Leave a Reply