WACANA

Membincangkan isu-isu falsafah, ideologi, seni, sastera, tokoh, sejarah, gerakan mahasiswa, pendidikan, alam sekitar, kemiskinan, gender, kesihatan, politik, untuk advokasi sosial.

  • borneokomrad1@gmail.com
Melawan Pembulian Terhadap Rambut Pelajar Laki-Laki

Melawan Pembulian Terhadap Rambut Pelajar Laki-Laki

Oleh: Mukmin Nantang

Semasa saya tingkatan enam pihak sekolah mengambil keputusan untuk botakkan semua pelajar lelaki. Selepas perhimpunan semua pelajar lelaki ditahan di dewan dan dibotakkan oleh guru. Tidak cukup dengan itu, guru pergi ke kelas-kelas untuk memeriksa siapakah pelajar yang belum dibotakkan kepala.

Jujur dalam hati saya ketika itu.

“Seperti tiada kerja lain”

Saya diminta keluar untuk dibotakkan kepala. Tanpa rasa takut dan segan-silu saya berkata kepada cikgu tersebut.

“Saya minta maaf cikgu, saya ndakkan botakkan kepala walau apa pun terjadi”

Setalah perbincangan panjang berlaku. Saya diminta untuk turun ke tingkat bawah. Saya diminta untuk menunggu di bilik guru sehingga selesai semua pelajar lain dibotakkan. Selang beberapa minit keadaan jadi riuh. Kawan-kawan saya di tingkat atas (kelas) cuba melawan seperti saya untuk tidak dibotakkan kepala. Mereka tak mahu keluar kelas untuk dibotakkan.

Teriakkan kuat dari atas kedengaran.

“Kamu ni! Anjing saya pun kalau saya panggil dia datang! Kamu ni apa? saya panggil berkali-kali tidak mahu keluar!”

Akhirnya semua kawan-kawan saya pasrah. Saya pula bila dengar keributan itu, saya ambik keputusan untuk pulang rumah dan tidak menunggu cikgu. Saya malas bertengkar, saya tekad tidak mahu dibotakkan. Saya tidak tahu apa relevannya kepala pelajar botak dengan pemikiran.

Dua minggu rasanya saya tidak ke sekolah. Seminggu saya ke Kota Kinabalu mewakili daerah dalam sukan olahraga. Seminggu lagi saya sengaja tidak mahu datang ke sekolah. Saya tidak pernah ada niat berhenti sekolah, saya suka pergi sekolah. Saya suka belajar, saya suka jumpa kawan-kawan, jumpa guru-guru yang baik dan saya suka makan di kantin. Selepas tingkatan 5 saya belum lagi mahu ke universiti, saya mahu terus sekolah di tingkatan 6. Bertapa sukanya saya dengan sekolah.

Saya tak pernah sakit hati dengan guru-guru tapi saya sehingga sekarang masih berdendam dengan sistem pendidikan yang kolot! Saya faham guru juga terperangkat dengan sistem yang kolot ini.

Lincah masa berjalan saya tamat pendidikan di Pra Universiti.

Di universiti saya tidak pernah terfikir bahawa ada peraturan pelajar berambut pendek apatah lagi saya belajar di fakulti seni. Setahun di universiti tanpa disuruh pendekkan rambut saya tetap memilih untuk berambut pendek. Tahun ke dua saya fikir saya mahu berambut panjang, saja saya mahu rasa dalam hidup bagaimana menjadi laki-laki ‘gondrong’.

Berkali-kali pentadbiran universiti dan fakulti minta saya potong rambut. Saya tidak mahu dan tidak mempedulikan. Sehingga pernah terjadi keributan di universiti ketika saya dilarang untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Sabah ketika Parlimen Mahasiswa dengan alasan saya berambut panjang. Saya mengeras untuk masuk kerana 3 daripada 12 usul yang layak dibentang adalah usul saya dan teman-teman organisasi. Usul saya penting untuk mahasiswa tapi pentabir universiti mengeras untuk menahan saya dipintu luar dewan.

Saya semakin benci dengan sistem pendidikan kolot ini. Rambut yang tidak mengganggu sesiapa lebih dilihat daripada idea dan pemikiran saya untuk membangun universiti. Saya masih mengeras untuk tidak memotong rambut jika bukan dengan kerelaan hati saya.

Berkali-kali saya ditegur dan berkali-kali juga saya tidak peduli. Dengan yakin saya katakan bahawa akademik saya baik dan kelakukan saya baik di universiti. Rambut bukan isu, tak logik gedung ilmu lebih suka melihat hal-hal teknikal penampilan pelajar daripada falsafah sebenar pembentukan universiti sebagai tempat membangun idea dan berlaga pemikiran.

Di tahun ketiga pengajian, saya behasrat untuk memotong rambut. Saya sudah rasa rimas dan ingin kembali berambut pendek. Belum sempat saya memotong rambut tiba-tiba saya diberikan surat amaran oleh pihak universiti dan diugut untuk dikenakan AUKU. Saya membaca surat itu dengan terasa lucu dan bodoh. Saya lupakan hasrat memotong rambut dan ingin melihat sejauh mana surat untuk boleh pergi. Bagi saya surat itu mencabar saya sebagai pelajar pengajian tinggi, menghina kebebasan akademik dan kebebasan berekspresi di universiti. Menarik juga jika saya dibicara di mahkamah universiti, dikenakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan dibuang universiti sebab berambut panjang. Hahaha

Lama saya menunggu tak jadi apa-apa pun. Sunyi sepi, saya dan dua lagi kawan saya tidak dikenakan apa-apa tindakan. Mereka fikir mahasiswa tersangat bodoh dan mudah ditakut-takutkan. Yang lucunya seorang pensyarah yang beriya-iya meminta mahasiswa potong rambut ini adalah pensyarah seni yang diman tahun-tahun lalunya beliau juga berambut panjang. Namun selepas dia dapat Ijazah Kedoktoran, dia dilantik sebagai timbalan dekan fakulti, dia mulai pakai blezer dan berambut pendek lalu sekarang dia memaksa mahasiswa berambut pendek. Astagfirullah.

Inilah dikatakan, kalau kita mahu lihat sifat sebenar seseorang itu maka berikanlah dia kuasa. Merintih ketika ditindas dan menindas bila berkuasa.

Sekarang saya juga seorang guru.

Pendidikan kita akan menjadi lebih baik jika tidak kerterlaluan melihat hal-hal teknikal yang sedikit pun tidak mengganggu-gugat prestasi capaian ilmu. Pendidikan bukan paksaan. Pendidikan adalah sebuah proses, proses mendapatkan ilmu dan proses menggunakan ilmu di dalam kehidupan .

Lihatlah hari ini, ketika kita dari dulu melihat hal-hal teknikaliti, kita jadi buntu bagaimanakah pendidikan boleh terus bergerak tanpa sumber teknikal yang cukup. Sedangkan ilmu boleh saja didapati dengan apa-apa cara walau tidak punya apa-apa teknikal dan yang lebih penting bagaimana sebenarnya pendidikan kita mampu beradaptasi atau berguna dalam keadaan kehidupan sekarang. Kita sudah terperangkap dan tebergantung dengan hal-hal teknikal.

Kita gagal dari dulu mewujudkan pendidikan yang mampu berimprovisasi dengan kreatif dalam realiti keadaan kehidupan.

Jadi hari ini bagaimana? Dalam keadaan pandemik covid-19 ini, masihkan penting bicara tentang rambut pelajar lelaki? Semua orang tak peduli. Yang kita peduli bagaimana pendidikan harus tetap berlangsung!

Di Sekolah Alternatif kita membebaskan pelajar lelaki untuk berambut panjang. Tapi 90% pelajar tetap berambut pendek. Semua pelajar perempuan dibebaskan sama ada mahu memakai tudung atau tidak. Tapi 100% pelajar perempuan memakai tudung ke sekolah.

Sekian terima kasih.

Mukmin Nantang
(Seorang pelajar derhaka dan sekarang seorang guru yang merdeka)

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart