KOPI – “MINUMAN SETAN”

KOPI – “MINUMAN SETAN”

  • Post category:Perkongsian

Oleh: Naim Fahmi

Ramai yang tak tahu yang minuman kopi pernah diharamkan dan dianggap sebagai minuman Syaitan. Ini berlaku apabila kopi mula dibawa masuk dari Timur Tengah ke Venice pada abad ke-17. Clergy (orang Gereja) beri julukan “Satan’s drink” kepada kopi, sampaikan seluruh Rom mendengar kontroversi kopi ini.

Lagenda termasyhur tentang kopi adalah tentang seorang penggembala kambing di Abyssinia (Ethiopia kini) yang mendapati kambing belaannya menjadi energetic secara tiba-tiba selepas termakan sejenis buah daripada sebatang pokok.

Lalu, dia mencuba merebus dan mengolah buah tersebut untuk diminum. Kesannya, dia pun jadi energetic semacam itu juga. Cerita ini tersebar. Buah inilah yang kemudiannya menjadi sumber perniagaan kopi di Mesir, Semenanjung Arab, Turki dan Parsi.

Banyak public coffee house dibuka yang dikenali sebagai “qahveh khaneh”. Di sinilah masyarakat enjoy minum-minum sambil main catur, sembang-sembang dan lain-lain aktiviti sosial macam korang buat di Starbuck tu. Dengar kata, orang-orang Sufi sangat akrab dengan kopi. Di Mekah, orang luar panggil kopi ini “Wine of Araby”.

Pedagang-pedagang Eropah yang datang tertarik dengan budaya ini dan menikmati minuman kopi di perantauan, lalu berminat untuk membawa pulang budaya ini di tempat asal mereka. Tak semena-mena golongan clergy tak suka dengan budaya baharu ini, entah dorang fikir air menatang apa lah warna hitam pahit yang puak-puak munafik liberal bawa dari Timur Tengah ini.

Kemuncak kontroversi adalah ketika peristiwa Pope Clement VIII ingin mencuba air kopi buat pertama kali, akhirnya, barulah kopi dibenarkan untuk diminum. Baru dia tau kot kopi boleh buat layan kepala. Dengan ini, barulah perniagaan kopi tumbuh macam cendawan di Itali, Austria, England dan lain-lain wilayah. Minuman setan tiba-tiba merahmati Eropah!

Sekitar pertengahan abad ke-17 dah ada ratusan coffee house di England. Kemudian merebak ke Amerika Utara dan jajahan Sepanyol, hinggalah seluruh dunia mengenali minuman ini apabila pertanian pokok kopi dijalankan secara komersial oleh kolonial.

Hari ini, ada tiga jenis biji kopi utama dalam pasaran, iaitu Arabica, Liberica dan Robusta. Serbuk kopi diproses dengan bermacam-macam cara dan mempunyai jutaan jenama.

Lebih 400 bilion cawan kopi telah diminum oleh masyarakat seluruh dunia dalam setahun. Ada yang masih menikmati kopi organik dan ada yang gemar kopi campuran berperisa tiga dalam satu. Terpulang kepada selera masing-masing, kerana kopi adalah minuman yang sangat kompleks dan subjektif.

Leave a Reply