KOMPEK HITAM (6)

KOMPEK HITAM (6)

  • Post category:CERPEN

“Terpaksa pilih hitam untuk hidup!”

Oleh: Mukmin Nantang

Sinopsis

Kompek Hitam merupakan sebuah adaptasi realiti kehidupan yang berlaku kepada masyarakat sekitar Daerah Tawau Sabah. Daerah Tawau terkenal dengan berbilang etnik yang berasal dari Negara Indonesia dan Filipina. Kisah ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang melarat kemiskinan. Acok merupakan seorang anak muda yang terpaksa menyara ibu dan adik perempuan setelah kematian bapanya. Ibu Acok sering saja sakit setelah kematian bapanya. Adiknya pula sedang belajar di peringkat SPM. Acok menghadap masalah sukar mendapat pekerjaan kerana dia tidak mempunyai kad identiti sebagai warga Negara Malaysia. Liku-liku keperitan perjalanan kehidupan Acok sehingga terjerumus ke lembah hitam sebagai seorang penjual rokok seludup di jalanan.

(Bahagian 5)

Babak 9

(Indok terbaring di ruang tamu. Beccek sedang menunggu Acok di depan pintu)

Beccek: Mana bah si Acok ni! Lama betul sudah ni dia ndak balik. Dia fikirkah juga ni pasal mamak sakit begini. (Beccek memegang perut) sudahlah aku belum makan ni. Cok pulanglah bah. Lambat betul pula kau balik malam ni. Apa bah juga dia buat ni!

Acok: Assalamualaikum…

Beccek: Waalaikumusalam. Kau dari mana?

Acok: Ndakda lah.

Beccek: Eh kau dari mana bah Cok. Kau fikirkah juga ni pasal keluarga kita ni. Kau tengokkah tu mamak sakit. Kau pergi balik lambat tinggalkan kami dua di rumah. Kau buat kerja apa juga ni.

Acok: Kenapa juga kau mahu tahu?

Beccek: Kenapa aku ndak boleh tahu?

Acok: Kau ndak percaya dengan akukah ni Cek?

Beccek: Bukan ndak percaya Cok tapi macam kau ndak fikir pula pasal kami.

Acok: Apa kau cakap ni. Jaga sikit mulutmu tu Cek.

Beccek: Cok aku penat bah begini kau tahukah. Kau macam ndak peduli keluarga kita. Macam ndakda usahamu bah. Berapa hari sudah aku ndak pergi sekolah sebab jaga mamak. Kau buat apa. Keluar ndak tahu pergi mana balik lagi lambat. Kalau begini biar aku berhenti sekolah sajalah. Biar aku yang cari kerja. Biar aku yang tanggung keluarga kita. Ndak boleh kau diharap.

Acok: Kau ndak tahu apa-apa Cek. Hidup ni ndak semudah yang kau fikirkan.

Beccek: Itu saja kau boleh jawab?

Acok: Kau fikir aku ndak buat apa-apa? Kau cakap senang sajakan. Kau fikir cari duit ni macam pungut daun kering di tepi jalan tu kah? Kau pernahkah fikir pasal aku? Pernahkah kau hargai apa yang aku buat selama ni? Kau dengar sini Cek, kau tu anak perempuan, aku anak lelaki, kau ndak tahu apa yang anak lelaki rasa.

Beccek: Iya! memang aku ndak paham!. Biar aku berhenti saja sekolah. Aku cari duit. Biar aku yang tanggung keluarga kita. Biar aku paham apa yang kau rasa!

Acok: Kau jangan mengada-mengada aku boleh tanggung kau sekolah sama macam mana bapak tanggung keluarga kita. Kau belajar saja bagus-bagus.

Beccek: Tanggung macam mana Cok? Macam mana? Mamak Sakit begitu ndak dibawa ke hospital. Aku penat Cok hidup begini… Aku penat Cok… Aku penat… Kau pahamkah!

Acok: Iya! Penat? Kau fikir aku ndak penatkah Cek! Kau fikir penatmu sajakan! Kau ndak pernah tengokkah apa yang aku cuba buat selama ni! Arh! Itulah sebabnya kau mesti terus belajar supaya kau boleh ubah nasib keluarga kita. Aku ndakda peluang sekolah macam kau. Kau yang ada ni gunakan sebaiknya.

Beccek: Macam mana aku mahu sekolah Cok? Mamak dalam keadaan begitu.

(Acok memandang Beccek dan terus masuk ke dalam rumah).

Beccek: Ahhh… (marah dan terus menangis)

Acok: Mak rehat cukup-cukup ya. Esok aku belikan mamak ubat.

Indok: (Batuk)

(Acok masuk ke dalam bilik)

Beccek: Ya Allah, apa aku boleh buat ni.

 

Babak 10

(Neng, Paman dan penjual rokok lain sedang rancak menjual rokok)

Neng: Paman kau tahu apa jadi semalam?

Paman: Jadi apa?

Neng: Si Otok hampir begaduh dengan si Acok.

Paman: Sebab apa?

Neng: Si Acok menjual rokok semalam.

Paman: Ya Tuhan budak tu. Aku sudah cakap hidup ni ndak boleh gelojoh. Dia ni betul-betul mahu mati bah.

Neng: Paman kasitaulah si Acok tu. Aku risau bah si Otok apa-apakan dia. Paman tahulah tu dia macam mana perangainya.

(Acok datang membawa plastik hitam kecil yang di dalamnya ubat)

Neng: Hai Cok.

Acok: Hai Neng.

Neng: Kau sihat?

Acok: Alahmdulillah sihat.

Neng: Apa tu?

Acok: Oh ini. Ubat mamaku. Mamaku sakit sekarang.

Neng: Ya Allah ya kah. Terukkah mamakmu?

Acok: Boleh tahanlah.

Neng: Kenapa kau ndak hantar pulang ni ubat?

Acok: Nanti malamlah. Sebab aku mahu menjual dulu.

Neng: Aku dengar kau begaduh dengan si Otok semalam.

Acok: Ndakdalah siapa lagi cakap-cakap ni.

Neng: Cok kau ndak payalah tipu aku, kalau kau perlu duit kasitau aku. Aku boleh bantu kau. Kau jangan buat begini.

Acok: Eh apa bah ni. Aku ok saja bah.

Neng: Cok, aku sayang kau. Aku ndak mahu jadi apa-apa dengan kau.

(Acok memandang tajam Neng)

Neng: (menghulurkan duit) kau gunalah dulu.

Acok: Apa ni Neng. Aku boleh cari sendirilah untuk keluargaku.

Neng: Kau ambilah. Aku ikhlas.

(Otok terus menumbuk muka Acok berlaku pergelutan kecil)

Otok: Woi cok. Kau ni memang ndak gunakan. Sudahlah semalam kau kacau masa kami menjual. Sekarang ni kau minta-minta lagi duit orang-orang sini ya!

Acok: Apa kau cakap ni Tok?

Paman: Woi kenapa kamu ni!

Otok: Paman kasitau budak ndak guna ni peraturan kita di sini. Dia fikir dia saja mahu makan, semua orang di sini pun susah bah. Sudahlah budak baru buat perangai macam tempat ni bapaknya punya.

Paman: Sudahlah tu Tok. Kita di sini sama-sama cari rezeki. Sama-sama mahu makan. Ndak payah mahu begaduh. Kau Cok, aku sudah kasitau kau awal-awalkan. Kalau iya pun kau perlu duit jangan sampai cari pasal dengan orang sini. Kalau kau dihalau dari sini hidup kau makin susah. Fikir panjang sikit! Bukan kau saja ada masalah. Sudah! Neng bawak si Otok pergi sana. (Paman membawa Acok)

Neng: Kau ni kenapa Tok. Main terus pukul-pukul orang. Macam dirasuk syaitan.

Otok: Mataina kau! (menunjuk ke muka Acok)

Neng: Sudah lah bah tu Tok! Jangan tunjuk samseng di sini. Sejak bila perangai macam begini.

Otok: Sejak dia dekat-dekat dengan kau. Sampai bagi duit pula tu. Bagus betul kau ni.

Neng: Itu urusanku. Kau tiada kena mengena.

Otok: Wei, kau sedar sikit. Kau ni macam kena guna-guna oleh budak tu. Sejak bila urusanmu aku ndak boleh masuk. Kau jangan pernah lupa siapa yang bawak kau sini. Siapa yang tolong kau selama ni!

Neng: Kau memang ndak ikhlaskan selama ni. Busuk punya perangai. Kau sebenarnya cemburu bah ni kan?

Otok: Ya, memang aku cemburu, aku selama ni yang jaga kau. Aku sayang kau Neng…

Neng: Sayang? Muntah aku dengar. Aku ndak pernah ada apa-apa perasaanlah dengan kau.

Otok: Kau cakap apa ni Neng. Aku bekorban selama ni untuk kau. Kau ingatkah siapa yang bawa kau ke sini. Siapa yang jaga kau selama ni.

Neng: Ya, terima kasih sebab bantu aku selama ni. Kau janganlah ungkit-ungkit aku anggap kau macam abang aku sendiri. Aku betul-betul ndakda hati dengan kau.

Otok: Ni semua sebab budak tu kan.

Neng: Dia ndak da kena-mengenalah!

Otok: Arh!

(Otok terus keluar dari pentas. Tiba-tiba kedengaran siren polis. Semua penjual lari keluar dari pentas)

(bersambung…)

Leave a Reply