KOMPEK HITAM (4)

KOMPEK HITAM (4)

  • Post category:CERPEN

“Terpaksa pilih hitam untuk hidup!”

Oleh: Mukmin Nantang

Sinopsis

Kompek Hitam merupakan sebuah adaptasi realiti kehidupan yang berlaku kepada masyarakat sekitar Daerah Tawau Sabah. Daerah Tawau terkenal dengan berbilang etnik yang berasal dari Negara Indonesia dan Filipina. Kisah ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang melarat kemiskinan. Acok merupakan seorang anak muda yang terpaksa menyara ibu dan adik perempuan setelah kematian bapanya. Ibu Acok sering saja sakit setelah kematian bapanya. Adiknya pula sedang belajar di peringkat SPM. Acok menghadap masalah sukar mendapat pekerjaan kerana dia tidak mempunyai kad identiti sebagai warga Negara Malaysia. Liku-liku keperitan perjalanan kehidupan Acok sehingga terjerumus ke lembah hitam sebagai seorang penjual rokok seludup di jalanan.

(Bahagian 3)

Babak 4

(Beccek sedang memikirkan sesuatu)

Indok: Cek… Kenapa bah anakku ni… Cek…

Beccek: Eh mak. Ayuhlah makan sudah aku masak ni. Sekejap lagi si Acok balik tu.

Indok: Masih adakah juga lauk kita.

Beccek: Lauk macam biasalah mak. Cukuplah untuk kita isi perut mak.

Acok: Assalamualaikum…

Indok/Becek: Waalaikumusalam

Indok: Makan terus Cok (Memandang plastik hitam yang Acok bawa).

Acok: Yalah mak (Menyimpan beg dan plastik hitam di bilik). Mamak sihat jugakah.

Indok: Beginilah Cok… Ayuh makan.

Beccek: Cok, tadi disuruh sudah aku beli buku sama cikgu. Dua bulan sudah ni, aku sendiri saja yang belum ada buku. Itu belum yuran PIBG, baju sukan, yuran kelab lagi.

Acok: Pasal buku tu ndak boleh fotostet sajakah cek…

Beccek: Aish. Ndak boleh bah Cok, mana cikgu kasi tu. Cikgu mahu buku baru juga.

Acok: Tengoklah dulu macam mana.

Beccek: Kau usahakanlah bah ya Cok secepatnya.

Acok: Iya bah Cek… Yang penting kau belajar saja bagus-bagus. Ndak paya main-main. Makanlah kau.

Indok: Cok, tadi mamak pergi pusat zakat lagi tu, tapi itulah sama juga jawapannya, disuruh tunggu nanti datang lagi sana…

Acok: Mak, dari haritu kita sudah cubakan, mamak ndak payalah susah-susah lagi mau pergi sana.

Indok: Tapi adikmu kan perlu duit…

Acok: Bikin penat saja mak pergi sana. Sudahlah panas-panas. Kesian bah aku sama mamak. Kita pun tahu sudah jawapannya. Kalau betul dorang mahu bantu dari dulu lagi dorang datang sini tengok keadaan kita. Bukan kita yang balik-balik ke sana. Lagi pun sudahlah mamak tu…

Indok: (Indok batuk kuat secara mengejut. Acok dan Beccek segera mendekatinya)

Acok/Beccek: Mak…

Beccek: Cok, orang sebelah…

(Acok keluar rumah menjerit memanggil nama si Andi)

Babak 5

(Kelihatan Paman, Neng dan Puding berada di atas pentas. Mereka rancak menjual rokok dan tiba-tiba Otok datang dan mendekati Neng)

Otok: Aku nampak rapat kau dengan budak bugis tu…

Neng: Budak mana?

Otok: Pura-pura ndak tahu pula. Si Acok tu lah. Oh iya bah pulakan dua-dua asal Indon.

Neng: Kau ni sembarang saja. Janganlah sampai kaitkan Indon! Kau sukakah kalau aku cakap-cakap pasal Filipin.

Otok: Kau jangan lupa Neng siapa yang bawa kau ke sini. Di sini aku yang jaga kau.

Neng: Apa kau ni!

Otok: Aku ndak mahu kau tu gatal pulak dengan budak bugis tu. Aku ndak suka.

Neng: Kau siapa mahu cakap-cakap begitu?

Otok: Kau tahukah dia tu siapa? Kau pun baru kenal dia. Dia baru lagi sini, aku ndak mahu dia buat macam-macam dengan kau.

Neng: Kau jangan macam-macam dengan dia. Dia ndak cari pasal pun dengan kau. Apa yang kau sakit hati betul dengan dia?

Otok: Sebab dia bugis!

Neng: Si Puding tu pun bugis juga kau rapat saja dengan dia.

Otok: Dia lain…

Neng: Lain macam mana pula…

Otok: Aku memang ndak suka dengan keturunan dorang. Kau tahu sebab apa abang aku mati? Budak bugis yang tikam abangku masa bergaduh dengan budak Batu 2. Aku ndak mungkin biar bangsa dorang hidup senang di sini.

Neng: Mana boleh kau samakan semua begitu. Zaman pergaduhan kampung-kampung dan bangsa-bangsa ni sudah lama pupus dan si Acok ndakda kena mengena dengan orang bugis yang tikam abangmu. Sama macam si Puding tu. Kau ni sengajakan…

Otok: Sengaja apa?

Neng: (Menjeling Otok)

(Acok masuk ke dalam pentas dan pergi ke tempat Paman)

Neng: Hai Cok…

Acok: Hai Neng… Hai Tok… Aku jumpa Paman dulu…

Neng: Ok.

Otok: (Otok cuma memandang)

Acok: Paman, ada aku mahu cakap ni.

Paman: Apa Cok, ok kah juga jualan kelmarin?

Acok: Ok juga Paman.

Paman: Kau jangan malu-malu lagi. Bekawan sama pelanggan-pelangganmu. Biar dorang jadi pelanggan tetapmu.

Acok: Iya Paman. Ada juga sudah beberapa orang aku rapat.

Paman: Bagus. Nanti kau cuba-cubalah jalan pergi kedai-kedai makan. Ramai juga laku tu di sana. Tapi kau mesti hati-hati. Silap-silap ditangkap kau.

Acok: Uish, bahayanya Paman.

Paman: Hahaha. Di sini pun bahaya bah Cok. Ndak payalah kau risau. Dorang pun membeli dengan kita. Ekonomi teruk manada sanggup beli yang ada cukai. Hahaha

Acok: Paman, aku perlu duit bah.

Paman: (Diam)

Acok: Mamakku sakit. Adikku perlu duit sekolah, kalau boleh aku mau menjual pagi sampai malam, boleh kah?

Paman: Kau gilakah Cok. (Kelihatan Otok sedang membakar rokok dan memandang tajam perbualan Acok dan Paman) Kau jangan buat kerja gila Cok. Kau baru lagi di sini. Aku sudah bilang dengan kau dari awal tempat ni ada peraturan. Kalau kau langgar…

Acok: Tapi Paman, ndakkan aku mahu biarkan keluargaku sengsara…

Paman: Aku sudah lama di sini Cok. Kalau kau ndak dengar cakapku, aku ndak tanggung apa-apa yang berlaku sama kau nanti.

Acok: Paman tolonglah aku, Paman nda kesiankah dengan aku. Aku betu-betul perlu duit ni Paman. Kalau Paman ndak tolong aku siapa lagi mahu tolong aku. Tolonglah bah ya Paman. Aku merayu dengan kau.

Paman: Acok aku tahu kau perlu duit tapi kau ndak mahu matikan? Cok peraturan memang dibuat untuk dilanggar, sekarang ni pun kita semua sudah cukup langgar peraturan sebab itu lah kita ada di sini. Kita jangan gelojoh Cok nanti kita pula yang dilanggar.

Acok: Tapi Paman…

(Paman terus tinggalkan tempat itu dan terus menjual rokok)    

Puding: Cok kau tolong jualkan rokokku.

Acok: Kenapa pulak. Aku pun masih banyak rokok ni.

Puding: Kau tolonglah bah, aku mahu jalan ni. Ndakkan kau mahu makan semua. Lagi pun kitakan sama-sama bugis. Anggap sajalah ini tanda persahabatan kita. Bah jalan dulu aku ya.

Acok: (Hanya mendiamkan diri)

(Puding terus tinggalkan tempat itu dan Acok terus menjual rokok) 

(bersambung…)      

Leave a Reply