SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
Kita, Dewasa, dan Warna-Warna Pudar

Kita, Dewasa, dan Warna-Warna Pudar

Oleh: Hafal Abu

Life was much simpler back then.

Kawan, kita berbaring di atas tar hujung padang bola sepak tanah paya ramai-ramai melihat pada bintang dan bercerita entah tentang apa. Tentang ke mana tuju kita selepas sekolah. Tentang ragbi siapa bakal wakil kelak. Tentang hal-hal bodoh di asrama.

Bila bosan di tengah malam, kita berlarian dengan boxer dua ratus meter, kemudiannya patah balik ketawa tanpa henti.

Bila rindu dengan teman wanita, berjalan sendirian ke pondok telefon bawa duit syiling tiga ringgit lebih untuk menyatakan aku rindu untuk berjumpa, dan bertanya bila kita dapat temu janji di dalam kelas selepas jam tiga.

Bila habis prep malam, kita berlarian dari tingkat tiga dengan kasut hitam bata menuju ke dewan makan.

For what? Hei, zaman hormone rage, siapa tahu?

Kita buat kerana kita mahu. Tidak ada alasan kukuh. Kita cuma menjadi siapa kita pada waktu. Muda, liar, dan bodoh.

Kini, dewasa memiliki warna-warna yang pudar, kusam dan membosankan. Warna ini kita bawa sampai ke liang lahad. Warna yang sudah penuh di atas kanvas dan kita tidak tahu mahu warnakan dengan apa lagi sedangkan di tangan ada banyak lagi warna yang cantik. Kita mampu mewarnakannya seperti mana kita mahu.

Persoalannya, kenapa kita tidak mewarna lagi?

Leave a Reply

Close Menu