Ketidakadilan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Semalam telah berlangsung satu majlis rapat umum bagi calon-calon yang bertanding di dalam Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah (PRK UMS) dan telah berlaku tindakan yang tidak diingini oleh saudari Kellin Wong Kai Xin yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Induk bagi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UMS (JPRK UMS).

1. JAWATANKUASA PILIHAN RAYA KAMPUS

JPRK merupakan satu badan bebas yang menguruskan proses pilihan raya yang dilangsungkan di universiti. Jika di Malaysia, fungsi JPRK ini hampir sama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berfungsi menjalankan pilihan raya umum dan kecil. Jika meneliti misi SPR, kita akan menemui bahawa misi utama adalah untuk memperkasakan pengurusan pilihan raya yang lebih efisien, telus, dan adil berlandaskan perlembagaan dan undang-undang bagi mengukuhkan kepercayaan rakyat. Demikian jugalah JPRK yang diwujudkan bagi menguruskan proses pilihan raya kampus untuk tujuan mengangkat pemimpin-pemimpin mahasiswa. Ahli JPRK perlulah telus dan adil dalam melaksanakan tugasnya.

2. TINDAKAN AHLI JAWATANKUASA PILIHAN RAYA KAMPUS INDUK

Pada 15 Disember 2020, sewaktu rapat umum dilangsungkan, saudari Kellin Wong Kai Xin yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Induk bagi JPRK UMS telah membuat komentar yang bersifat provokatif terhadap beberapa calon yang sedang melakukan sesi pidato. Tindakan ini jelas bertentangan dengan konsep telus dan adil yang menjadi asas penting dalam mekanisme pemilihan pemimpin mahasiswa.

Seterusnya, beliau juga bertindak menyokong sebahagian calon yang bertanding dalam PRK UMS. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Induk, beliau sepatutnya bersikap neutral dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang besifat provokatif terhadap calon atau memihak kepada mana-mana calon yang bertanding.

3. MENUNTUT AGAR BELIAU MELETAK ATAU DILUCUT JAWATAN

Merujuk perkara (2), saya di pihak Suara Mahasiswa UMS menutut agar saudari Kellin Wong Kai Xin agar meletak atau dilucutkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Induk JPRK UMS. Saya membuat tuntutan ini bagi memastikan ketelusan di dalam JPRK lebih terjamin. Pihak Suara Mahasiswa UMS tidak mahu ada ahli JPRK yang bias dalam melaksanakan tugasnya sehingga ketelusan JPRK tidak dapat dicapai. Oleh itu, pendirian kami tegas dalam hal ini, dan kami mahu tindakan segera diambil oleh JPRK terhadap ahli yang melanggar etika kerja yang sepatutnya.

4. MENUNTUT AGAR JPRK UMS MENGELUARKAN KENYATAAN PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DI LAMAN RASMI JPRK UMS

Merujuk perkara (3), saya menuntut agar JPRK UMS mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka di laman rasmi facebook JPRK UMS. Ini kerana saudari Kellin Wong Kai Xin telah membuat tindakan salah laku tersebut pada waktu menjawat jawatan sebagai ahli jawatankuasa Induk. Secara tidak langsung, apa yang dilakukan oleh beliau tersebut mencerminkan JPRK UMS secara keseluruhan.

5. MENUNTUT JPRK UMS AGAR LEBIH ADIL DAN TELUS DALAM MENJALANKAN TUGAS

Akibat daripada berlakunya perkara yang tidak diingini ini, seperti yang dinyatakan pada perkara (2), saya menuntut agar JPRK UMS lebih adil dan telus dalam menjalankan tugas. Pengangkatan pemimpin mahasiswa bukanlah suatu hal yang kecil. Oleh itu, JPRK perlu celik dan cakna terhadap isu sebegini, khususnya yang melibatkan hal keadilan dan ketelusan badan bebas JPRK UMS.

Sekian, terima kasih.

“Dari mahasiswa kepada mahasiswa, dari mahasiswa untuk rakyat Malaysia!”

____________

Pautan link yang menunjukkan tangkap layar komen provokasi pelaku Kellin Wong Kai Xin terhadap calon yang bertanding:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2825809117702467&id=100008202195376

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2261668353979665&id=100004095681275

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2261190967360737&id=100004095681275

Oleh,

Izzat Dahelan

Presiden Suara Mahasiswa

Sesi 2020/2021

Leave a Reply