|Puisi| Kemudian, Lahir Sesuatu Yang Dinamakan Semporna

|Puisi| Kemudian, Lahir Sesuatu Yang Dinamakan Semporna

  • Post category:PUISI

Oleh: Iman Danial Hakim

Di bangaubangau
udara dan laut
semasin takdir
hidup dinasibkan
dokumen dan prasangka.

titi ini adalah benua kecilmu
tatihtatih menuju sekolah kayu

kaudagangkan
masadepan
dengan seuncang ilmu.

tanpa kautahu
nasi semakin menjauh
daripada pinggan retak

itu.

Leave a Reply