Kediaman Ecopark: Pengurusan Tidak Jelas dan Menyusahkan Mahasiswa

Kediaman Ecopark: Pengurusan Tidak Jelas dan Menyusahkan Mahasiswa

  • Post category:Mahasiswa

1) Seperti sedia maklum, senarai nama pelajar kolej Angkasa blok L yang akan pindah ke kediaman yang disediakan sudah dikeluarkan pada 29 Januari yang lalu.

2) Namun masalah telah timbul ke atas sebilangan pelajar yang mendapat kediaman di Ecopark apabila mereka datang untuk check in tetapi disuruh pulang oleh pihak HEP Ecopark atas alasan rumah mereka berdekatan.

3) Untuk makluman semua, pelajar yang disuruh pulang itu bukan tinggal di sekitar Kota Kinabalu tetapi kawasan seperti Beaufort dan ada juga yang dari Labuan. Pihak pengurusan sepatutnya mengambil kira keselamatan pelajar yang terpaksa pulang semula ke kampung membawa barang sama ada menaiki bas atau memandu kereta sendiri.

4) Pihak pengurusan dan Majlis Perwakilan Pelajar seharusnya memberi notis awal ataupun menyelesaikan masalah ini sebelum semester bermula. Kita siap untuk berdepan dengan mana-mana pihak untuk berbincang hal ini dengan lebih serius.

Dari Mahasiswa kepada Mahasiswa, Dari Mahasiswa untuk Rakyat Malaysia”

Suara Mahasiswa.

Leave a Reply