WACANA

Membincangkan isu-isu falsafah, ideologi, seni, sastera, tokoh, sejarah, gerakan mahasiswa, pendidikan, alam sekitar, kemiskinan, gender, kesihatan, politik, untuk advokasi sosial.

  • borneokomrad1@gmail.com
Kalabakan Untuk Orang Muda

Kalabakan Untuk Orang Muda

Oleh kerana Datuk Ghapur Salleh (Barisan Nasional) tidak mahu lepaskan Parlimen Kalabakan sejak sekian lama maka saya sebagai anak muda akan turun menentang beliau pada PRU 14 ini. mewakili parti Borneo Komrad. Kalabakan adalah sebuah parlimen yang mundur, taraf jalan raya yang sangat teruk, kurangnya pembangunan, kurangnya fasiliti pendidikan, taraf ekonomi rakyat rendah, bekalan elektrik serta air di kampung-kampung dicatu dan sebagainya.

MANIFESTO ANAK MUDA KALABAKAN:

1. Menaik taraf jaringan jalan raya Pekan Kalabakan ke Bandar Tawau, Pekan Kalabakan Ke Daerah Keningau. Membuat laluan tiga lorong sehala yang mana satu hala khas untuk kenderaan muatan tinggi sahaja.

2. Menaik taraf pekan kecil Kalabakan menjadi bandar setaraf dengan bandar Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Keningau dan sebagainya.

3. Menyelesaikan masalah keciciran pendaftaran dokumentasi diri anak-anak yang lahir di Negeri Sabah amnya dan Parlimen Kalabakan khasnya agar tiada lagi rakyat kawasan ini yang tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan, pekerjaan, membeli rumah, ke luar negeri dan sebagainya.

4. Membina sekolah sukan berasrama penuh(percuma) bagi merealisasikan pembagunan dan penjagaan kebajikan para atlit. Seperti sedia maklum anak-anak luar bandar khususnya kawasan Kalabakan banyak melahirkan altlit-atlit bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Kita tidak mahu anak-anak yang mengharumkan nama negeri ini diabiar begitu sahaja yang mana hanya guru sekolah kebiasaannya berkorban dengan wang peribadi mereka sendiri untuk memajukan anak bangsa ini. Kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk memperkasakan pembagunan suka di kawasan ini.

5. Menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik di kampung-kampung. Kita akan mereformasikan penyaluruan air bersih ke rumah-rumah dan membina stesen hidroelektrik di kampung-kampung.

6. Menyelesaikan masalah rampasan tanah dan menggazetkan perkampungan agar tiada lagi istilah kampung setinggan atau tanah kerajaan. Tiada istilah tanah kerajaan semua tanah adalah milik rakyat, milik bangsa ini. Negara Malaysia wujud pada tahun 1963 sedangkan bangsa ini wujud lebih awal dari itu.

7. Memperkukuh undang-undang adat alam sekitar demi menjaga kepentingan hutan dan kepulauan(Pulau Sebatik yang juga masuk dalam parlimen Kalabakan) agar tidak terus-terus dijadikan modal untuk mengaut keuntungan oleh golongan berkepentingan.

8. Menaik taraf biasiswa anak negeri atau menyediakan tabung pendidikan untuk pelajar sekolah dan mahasiswa khasnya di Parlimen Kalabakan yang kurang berkemampuan bagi menampung perbelanjaan harian.

9. Membina sebuah hospital besar di Pekan Kalabakan(nanti jadi bandar) serta menaik taraf klinik rakyat di kampung-kampung. Rakyat Kalabakan tidak perlu lagi ke Bandar Tawau untuk mendapatkan rawatan dan menaik taraf kelengkapan klinik-klinik di kampung-kampung agar tiada lagi isu kekurangan peralatan atau ubat-ubatan.

10. Membangunkan lebih banyak industri rakyat dalam bentuk koperasi(hak milik bersama warga setempat) yang mana keuntungannya diagihkan secara adil kepada pengusaha dan pekerja. Sekali gus menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk anak tempatan agar tetap membangunkan tanah kelahirannya.

Itu sahaja. Hidup rakyat, hidup anak muda, hidup Kalabakan!

#Kalabakan
#TatapBK
#PandangKeBorneo

This Post Has One Comment

  1. Boleh upah aku kah kalau kau menang? Aku mau timba pengalaman menadbir

Leave a Reply

Close Menu