Dari Anak Sabah, Tentang Musa Aman
gambar dari Harian Metro

Dari Anak Sabah, Tentang Musa Aman

  • Post category:Politik / Sabah

Oleh: Farahani R.

Ramai orang kurang faham kenapa aku kesal dengan berita terlepasnya Musa Aman tu. Mungkinlah pengalaman aku sebagai anak Sabah, born and bred, hidup membesar hingga mendewasa di negeri bawah bayu ni boleh lakarkan rasa aku tu di minda kalian.

Musa Aman bukanlah figur yang boleh dikatakan “terhormat” dalam mindaku. Kalau penyokong parti dia, ya lah mungkin. Kalau aku- Musa Aman ‘terkenal’ dengan kekayaan. Dari aku kecil, Musa Aman tu sudah orang kaya.

Kayanya dikatakan kerana pembalakan. Kayanya dikatakan kerana perniagaan. Kayanya dikatakan kerana pemberian tender dan kontrak kepada kroni. Ketika dia memerintah dulu, dia jarang membantah apa Persekutuan cakap. Apa Persekutuan mau, Sabah ikut. Sedangkan keperluan Sabah lain sikit. Miskin. Kadar gaji rendah. Harga rumah melambung tinggi. Kadar jumlah kerja kurang. Ramai terpaksa berhijrah ke Semenanjung. Sedangkan Sabah ni tanah yang besar.

Masa tu juga, ramai orang Sabah tidak akur dia sebahagian dari retorik Ketuanan Melayu atau berada dalam payung pemikiran “Melayu”. Islam, ya lah. Melayu, tidak. Bila berita nasional atau ahli politik UMNO bising melalut pasal Melayu, ramai di Sabah tidak ambil pusing pun. Kami macam ‘syok sendiri’ dalam isu dan naratif kami sendiri. Terima priviledge sebagai Bumiputera – tu pun ada perdebatan lagi, etnik mana yang dikira Bumiputera Sabah.

Aku ingat lagi, ramai orang Sabah cemburukan keberanian arwah KM Sarawak Adenan Satem yang pandai ‘menjawab’ Persekutuan. Ramai orang Sabah puji, sebab berani. Musa Aman cuma angguk, cuma geleng.

Di bawah pemerintahannya dulu, banyak isu berlaku. Korupsi. Politik duit. Rasuah. Pemberian kewarganegaraan dan pembelian undi. Masa tu Jeffery Kitingan (yang ada jawatan sipi-sipi dalam PN sekarang) tengah bising guna retorik sentimen anti-Malaya, anti-pendatang, pejuang MA63 konon.

Masa tu ramai juga dakwa boleh buktikan. Jufazli tu salah sorangnya yang boleh. Tau-tau, sold out pula sudah sekarang. Huhu. Padahal dulu, dia kira “harapan generasi muda” yang boleh ubah nasib Sabah ni. Kononlah. Mana ada. Tiada orang boleh ubah.

Orang Sabah mau ubah sebab ndak puas hatilah dengan skandal-skandal Musa Aman. Teruk bah sudah jalan Sapulut tu. Sapulut ni jalan biasa lori-lori pembalakan. Tiada line langsung dekat sana. Tapi sunyi dia sangat menenangkan untuk penulis macam aku. Dari segi situasi politik, Warisanlah parti tempatan yang boleh tandingi BN.

Warisan banyak resource and orang berpengalaman. Banyak orang pindah masuk ke dalam parti tu, kuatkan dari dalam. Kena lagi sentimen anti-Musa Aman tu pun ditiup-tiup. Aku harap betul sudah bukan Musa Aman. Aku pun mau Sabah maju dan bebas rasuah. Start from zero lah katakan.

Masa aku turun di kampungku dekat Sipitang, kena pula anaknya Hafiz Musa bertanding. Masa tu juga adik Musa Aman, Anifah Aman bertanding di Kimanis. Tu dia.. siapa lagi anak saudaranya bertanding, ndaklah aku tau. Yang aku tau, keluarga dia banyak pakai nama dia sebagai “pas” untuk lepaskan diri dari salah.

Datuk aku pro BN. Aku pernah berjenaka, rumah dia kubu BN. Bendera biru berkibar-kibar megah. Entah kemegahan nostalgia manalah datuk aku bayangkan ni. Tapi PRU14 tu, aku lihat sendiri orang tunggu duit suap beli undi dari soldadu parti biru. Lesap bawa lari duit, kata orang kampung. Malam sebelum tu, pintu rumah orang kampung sudah diketuk.. bagi RM50 untuk undi BN. Aku terfikir, apa BN boleh bagi, yang bertahun-tahun dulu tidak boleh bagi?

Aku pernah ajar cucu YB. Dia kata datuknya bukan kerja sangat pun. Dekat pilihan raya, baru dia turun (kerja) balik. Ni YB di bawah bendera biru. Kena pula kawasan tu memang kawasan kurang membangun. Bisik hatiku, “padanlah..”

Aku teringat kajian Jufazli, dan betapa kotornya Taib Mahmud kawal Sarawak. Begitukah caranya Musa Aman kawal Sabah? Aku mau perubahan. Aku mau solusi. Aku tidak mau lagi Musa Aman. Musa Aman sudah kotor namanya, of which none of it were cleared. Aku harap perbicaraan dulu boleh cerahkan kebingungan aku. Kepada siapa harus aku tuntut penjelasan ni?

ICAC? Sarawak Report sendiri meragui sejauh mana transparency Malaysia dalam siasatan tu. Kalaupun lah ICAC buktikan Musa Aman salah, so what? Tampaklah bahawa keadilan hanya tersaksi dengan keinginan politik semata-mata.  Aku tengok lebih kurang samalah kisahnya dengan Sarawak. Taib Mahmud Raja Balak Nusantara. Kebal sampai mati. Aku harap sewaktu Warisan ni, dia dibicarakan seadilnya. Kononlah.

Tapi silap. Meleset. Teruk. Jauh.

Tengok kenapa aku kesal.

Nota: Luahan ini telah disalin dari akaun Facebook penulis dan disunting seminima boleh. Ia tidak datang dari hasrat politik, mahupun bertujuan untuk smear campaign. Penulis rasa penafian harus dilakukan memandangkan cuaca kebebasan media kini mendung semula di tanah Malaysia.

Leave a Reply