Dana Program Pendidikan Diperlukan

Dana Program Pendidikan Diperlukan

Hari mulia pada bulan yang mulia.

Jika ada teman-teman yang pemurah untuk mencari tempat untuk berbakti, bolehlah sumbangkan sedikit wang untuk kami beli meja, kerusi dan deposit sewa tempat tuisyen baharu.

Kami memerlukan RM3k saja tuan-tuan, untuk operasi selama 6 bulan. Bukan RM13k. Bukan RM30k.

Kesan sumbangan anda tak hanya untuk pahala Ramadan ini semata-mata, atau sepanjang tempoh program 6 bulan mendatang. Tapi mungkin sepanjang hidup anak-anak yang menerima manfaat dari program pendidikan ini.

Sebahagian murid kami adalah asnaf yang akses program ini secara percuma. Dijangka akan lebih ramai lagi mendaftar selepas Aidilfitri, kerana lokasi baharu ini bertempat di pusat bandar Dungun.

Mohon solidariti pada program kami. Semoga menjadi amal jariah buat tuan-tuan.

Leave a Reply