SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
|Cerpen| BOD-OH

|Cerpen| BOD-OH

Oleh: Yeyen Khoo

“Bodoh! Bukalah!”

“Kau ni tak habis-habis cakap bodoh kan!” Bentak Oh.

“Benda dah melekat dekat mulut nak buat macam mana?” Jawapan-balas Bod sayup-sayup kedengaran.

Matahari sudah mulai terbenam.

    “Semakin hebat benar. Matahari itu telah berjaya membikin aku sebegitu termarah dan tersinggungkan. Kerana itu juga, aku sentiasa memberi ucap ‘bodoh’ saat dicari-cari. Dalam hidup realiti manusia pun di kedua-dua watak yang ada. Apabila yang separuh ranap, separuh lagi masih biasa-biasa. Ada masa menyedarinya langsung. Ada masanya tidak. Ah! Aku yang mana?” Bod menampar kedua-dua belah pipinya. Tiada darah.  

“Apa aku merepek ni? Bodoh!” Getus hati Bod.

Matahari sudah lama terbenam.

Mahu saja tangannya diselak dari dalam ruangan yang sempit dan gelap itu. Membuka kunci mangga yang membenam ketat dua permukaan kayu. Atas dan bawah. Nasib saja masih belum reti untuk menggagah tulang belakang. Bod masih dirundum keliru besar. Matanya yang bulat kemerah-merahan dengan bibir yang sedikit merekah kesejukan itu bergerak-gerak.

“Hoi! Bodoh! Bukalah!” Tumbukan dari dalam sayup-sayup kedengaran.

Matahari telah hilang sejak senja.

“Sudah lama aku dihirup nyamuk. Berapa lama lagi aku perlu berbaring di dalam sini? Ah, bukalah! Bulan sedang mengembang. Menghirup darah dari setiap tapak yang ditinggalkan dengan rasa puas dan nyaman. Tiba masanya aku pula menghirup darah!” Jerit Bod dari dalam keranda.

Krikk…

“Selamat bangun Bod!” Oh menghulurkan tangannya sambil menunduk senyum ke arah Bod.

“Hoi! 100 hari aku dalam ni! Kau boleh lagi bermanis muka seperti tak buat salah? Bodoh! Dahlah aku lapar. Menghadap muka kau yang pucat lagi. Hurf! Tak kuasa aku.” Tangan Oh ditepis ke tepi.

“Dia yang nak sangat jadi Robert Pattinson. Kita pula yang bersalah. Bodoh!” Bebel Oh. Bod hanya menjeling dengan ekor matanya yang tajam. Bod memerhati sekeliling. Rambutnya yang panjang menutupi dahi. Pandangan ke segenap arah. Bod malas mahu menghiraukan Oh. Bod membersihkan belakang bajunya yang penuh habuk kemudian melangkah setapak demi setapak dan berhenti betul di hadapan meja makan.

“Malam ni aku nak makan sesuatu yang boleh memberi bijak akal aku. Cuba kau tolong carikan.” Arah Bod.

    “Buka sajalah tudung saji tu. Aku dah sediakan makanan khas untuk kau di malam pertama ini.” Tudung saji di atas meja dibuka dengan kasar. Bod melihat sesuatu di atas meja dengan mata yang tidak berkelip-kelip. Air liurnya juga tidak semena-mena terjatuh ke lantai. Tanda terlalu lapar.

“Tuu…” Oh memuncungkan mulutnya ke arah meja. Sepasang mata membuntang sebaik saja melihat dua kepala di atas meja.

“Argh! Aku nak makan yang mana ni? Sedapnya!” Bod mendekatkan hidungnya ke arah kepala-kepala tersebut. Menghidu bau hanyir kepekatan darah manusia. Aroma yang tiada tandingan.  

“Eh! Eh! Sekejap! Tapi kenapa kepala ni satu hitam satu putih? Negro mana kau bunuh ni?” Gelak Bod memecah keheningan malam.

“Shhh… Mulut jangan celupar sangat! Nanti kepala tu terbang baru kau tahu.” Oh meletakkan jari telunjuknya pada bibir sebagai tanda diam. Bod hanya membuat mimik muka. Menunjukkan tanda protesnya.

“Sini! Kau dengar baik-baik. Kepala orang hitam ni agak bodoh sikit sebab tu paras otak dia rendah. Manakala kepala orang putih ni agak bijak, ni otak dia dah penuh. Nampak tak paras dia? Kau ukur sendirilah.” Oh menarik kedua-dua kepala yang sudah pecah rangkanya. Cebisan-cebisan otak masih bersisa pada talam putih di atas meja. Oren kekuningan. Hanyir bercampur merah darah.

“Kau nak yang mana?” Oh mengangkat kening sebelah kanannya sambil menunjukkan kedua-dua kepala tersebut kepada Bod.

“Bodohlah kau ni. Tak payah tanyalah!” Bentak Bod.  

Oh segera mengambil kepala orang hitam yang sedikit otaknya itu lantas diserahkan kepada Bod.

“Hoi! Kenapa kau bagi aku kepala yang sikit otak ni? Aku taknak otak bodohlah, bodoh!”

“Dah kau minta tadi? Lagi pula sesuailah. Kau kan nak jadi bijak? Aku bagilah kepala yang sedikit otaknya. Kalau kau nak otak yang dah penuh tu macam mana kau nak top up nanti? Takkan kau nak otak Si Tua Maha-Maha? Kau nak otak kau melimpah?.”

“Hah? Si Tua Maha-Maha? Melimpah? Bisik Bod.

“Makan jelah.” Bentak Oh.   

“Eh, kejap! Aku nak makan otak ni atau pasang kat otak aku?” Bod menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

[Bod-Oh]

***

Aku meraup sedikit wajah yang berminyak. Skrin komputer riba di depan mata, aku tatap seketika sebelum perhatian aku teralih pada sesuatu…

Teh dan ganja! Levitasi.

Borneo Komrad

Membangun gerakan anak muda dan mahasiswa yang mandiri dan pro kepada rakyat kelas bawah.

Leave a Reply

Close Menu