WACANA

Membincangkan isu-isu falsafah, ideologi, seni, sastera, tokoh, sejarah, gerakan mahasiswa, pendidikan, alam sekitar, kemiskinan, gender, kesihatan, politik, untuk advokasi sosial.

  • borneokomrad1@gmail.com
Buku Yang Tidak Dibaca Buku Yang Gagal

Buku Yang Tidak Dibaca Buku Yang Gagal

Oleh: Yeyen Khoo

Peredaran masa menyaksikan semakin banyak karya-karya sastera yang semakin dilupakan dan tidak dipandang oleh generasi-generasi baru. Kemunculan perkembangan Sastera Indie sebagai salah satu Sastera Protes berpunca daripada kewujudan fenomena baru dalam revolusi penerbitan buku.

“Penerbitan indie yang cenderung kepada kesalahan dan perlanggaran etika penerbitan kerana tiada proses penilaian dan penyuntingan sebelum menerbitkan sesebuah karya. (Rafidah Eksan, 2016)”

“Karya indie dianggap sebagai karya yang bercanggah dengan nilai estetika karya sastera. (Ramlee Wahab, 2017)”

Hasil karya arus indie dianggap produk dari keadaan masyarakat, suatu refleksi atau tindak balas sosial. Luahan-luahan golongan muda dan golongan yang selama ini tidak dipandang kerana tiada medium untuk menyampaikan dan ditapis kerana dianggap sebagai simbol protes.

Ironisnya, bukan sahaja penerbit buku tersohor tercabar malah kehadiran kumpulan indie ini dianggap sebagai antagonis. Hal ini telah menimbulkan keraguan pihak tertentu berhubung dengan kecenderungan pemikiran penulis indie yang dikhuatiri tidak sehaluan dengan pemerintah.

Penonjolan isu-isu ini menyebabkan semakin banyak pengeluaran buku diterbitkan secara cepat. Sistem penerbitan yang digunakan oleh penerbit-penerbit yang membawa Sastera Indie ini adalah bersifat underground (bawah tanah) dan lebih santai. Isu dan maklumat buku juga disampaikan secara terus menggunakan bahasa-bahasa anak muda.

Harus diakui bahawa kemunculan Sastera Indie ini telah menarik minat anak muda dalam menulis dan membaca kerana buku yang tidak dibaca buku yang gagal. Menurut laporan Perpustakaan Negara Malaysia yang mengatakan bahawa jumlah buku yang diterbitkan oleh Malaysia meningkat kepada 14,000 judul pada tahun 2007 berbanding 6000 judul pada tahun 2003. Perkembangan ini telah dipengaruhi oleh penerbit-penerbit buku indie yang selari dengan perkembangan teknologi print-on-demand iaitu menghasilkan buku dengan lebih cepat dan kos pencetakan relatif lebih rendah.

Pertembungan ini jelas meneliti mana-mana hasil karya dan memberi impak kepada evolusi pemikiran ideologi dan perkembangan industri buku itu sendiri. Pemilihan karya Sastera Indie menampilkan lebih banyak idea-idea baru dan terus kepada perbincangan isu serta masalah realiti.

Leave a Reply

Close Menu