WACANA

Membincangkan isu-isu falsafah, ideologi, seni, sastera, tokoh, sejarah, gerakan mahasiswa, pendidikan, alam sekitar, kemiskinan, gender, kesihatan, politik, untuk advokasi sosial.

  • borneokomrad1@gmail.com
Borneo Komrad Menggerakkan 6 Daerah Membantu Masyarakat Terpinggir

Borneo Komrad Menggerakkan 6 Daerah Membantu Masyarakat Terpinggir

Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peningkatan jangkitan virus Covid-19 di negeri Sabah semakin meningkat dari hari ke hari. Beberapa daerah telah di isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semenjak tiga minggu lepas.

Borneo Komrad mengambil inisiatif untuk menggerakkan seluruh aktivis membantu golongan terpinggir yang terkesan akibat PKPD. Daerah yang terlibat adalah Tawau, Semporna, Kunak, Kinabatangan, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Semporna

Keperluan disediakan mengikut keadaan dan konteks keperluan masyarakat. Antaranya adalah pek makanan harian, pek keperluan bayi, pek ubat-ubatan, bantuan kesihatan bagi OKU, pek kebersihan termasuklah keperluan wanita.

Sandakan

Borneo Komrad bekerjasama dengan ramai pihak di setiap daerah seperti Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Suara Mahasiswa UMS, Terjebak Komuniti, Pelan-Pelan Hiking, Pacos Trust, Yayasan Hasanah, Hong Leong Foundation, Cahaya Society, Feeding Semporna, Semporna Hero,  Buku Jalanan Chow Kit, Gerakan Mahasiswa Kunak dan PIKDM.

Kunak

Borneo Komrad berusaha menjejaki masyarakat yang terpinggir sekali gus menyediakan sebuah sistem pengagihan yang patuh SOP.

Tawau

Kita mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak untuk memastikan sumbangan dapat terus disalurkan kepada masyarakat terpinggir. Maklumat akaun bank rasmi adalah:

564061446062 – Maybank – Pertubuhan Kebajikan Anak Impian Malaysia

Profil misi bantuan ini juga boleh di muat turun di pautan ini: Profil Misi Bantuan Masyarakat Terpinggir

Kota Kinabalu

Pohon doa buat negeri Sabah agar lekas pulih dari wabak ini dan aktivis kita dilindungi ketika misi dijalankan. Terima kasih di atas sokongan yang berterusan.

Salah sebuah pulau di Semporna

Leave a Reply

Close Menu