Babak Di Bawah Bayu

Babak Di Bawah Bayu

  • Post category:CERPEN

Oleh: Sabir Syarifuddin

“Mak, kenapa kita tinggal di sini?”

Ibunya yang duduk bersila menadah tangan di hadapan pintu kaca hanya mendengar tapi jasadnya masih sibuk mengharap sesuatu daripada mereka yang lalu-lalang.

Di atas riba beralaskan ‘Drinking Water (1500ml)’ itu sekali lagi dia bertanya.

“Mak! Kenapa kita tinggal di sini?” kali ini ianya agak kedengaran keras sedikit.

Sebelah tangan yang menyapa ubun anaknya itu terhenti. Perlahan dia mengusap mata.

Anak itu menarik dengusan sambil bangun daripada riba ibunya. Jarinya tepat pada seorang budak berpakaian putih memimpin beg Ultraman.

“Mak, mahu bah aku begitu. Bolehkah mak?” katanya sambil memeluk manja ibunya yang masih mendongak meminta kasihan pada mereka lalu-lalang.

Kali ini kedua tangannya, dengan erat memeluk tubuh kecil itu. Dia tidak lagi dapat menahan persoalan demi persoalan takdir yang kejam.

Dirinya seawal usia itu juga mengajukan dan mengimpi hal sama. Usaha ibunya dulu itu menadah tangan mungkin tidak lama sehingga dia mewarisinya dengan waktu yang cukup membuat kawasan itu menjadi tempat beradu.

“Mamak kenapa nangis, iyalah endaklah aku mahu begitu, aku kawankan mamak disini saja ya,” anaknya menarik hujung bajunya dan mengesat pipi ibu yang basah.

“Entahlah nak nasib kita ni sampai bila, kenapalah kau lahir jadi anak mamak, kenapa kau tidak lahir di rahim bini seorang ketua negara, seorang menteri.” Pelukan itu semakin erat.

Orang lalu-lalang mula berhenti sambil merakam adegan sedih itu.

…….. Cut!

Shot yang baik! Terima kasih semua crew dan pelakon. Ready semua babak seterusnya.

Leave a Reply