|Puisi| Alam Rayu Kita

|Puisi| Alam Rayu Kita

Oleh: Mohd Rosyaidi

Jika alam mampu bersuara,
beribu bunyi tangisan pasti menemani telinga ini,
jika alam mampu empunya mata,
pasti air tangisan alam penuh membasahi kaki ini.


Pasti telinga ini akan bengkak dek nasihat-nasihat daripada alam,
jika alam mempunyai mulut,
pasti kusut rambut ini oleh sapuan manja alam,
jika alam mempunyai tangan.


Jika alam mempunyai sepasang kaki,
pasti luka lututnya merayu di hadapan kita,
dan;
jika alam mempunyai tubuh badan,
pasti beza sekali dengan ratu cantik idaman kita.


Jika alam mampu,
mungkin alam akan merayu,
tidak mungkin kerana adanya pasti,
pasti alam akan rayu kita!

Leave a Reply