SENI DAN SASTERA

SENI UNTUK MASYARAKAT

  • borneokomrad1@gmail.com
#1 Catatan Buat Razdey

#1 Catatan Buat Razdey

Oleh: Hafal Abu

Begini, Razdey. Dewasa ini, sekurang-kurangnya buat masa ini, mengajar kita tentang kesabaran. Sabar dalam bertingkah laku sebagai pekerja apa pun.

Kita punya wang, tetapi kita perlu sabar merancang ke mana tujunya. Ke perut dan pundi kencing. Ke sedap mata memandang. Ke perkembangan wang dalam pelaburan. Ke barang-barang mainan kegemaran. Ke mana-manalah yang kau boleh fikirkan.

Iya, hidup memang sebentar. Besok mungkin kita shift petang, tapi boleh jadi besok hari terakhir kita di sini.

Bersabarlah.

Sekurang-kurangnya kau mati berbumbung. Atau mati kau, jiran sebelah tahu setelah berhari-hari tidak keluar rumah. Kesimpulannya, ada orang akan mengangkat kau menuju liang lahad.

Inikan fardhu kifayah.

Kau tidak boleh bertindak sembarangan dalam jadual harian kau. Sewajibnya, waktu kerja, kau kena patuh. Atas nama kerja. Atas nama wang. Atas nama tanggungjawab kepada kawan-kawan setempat kerja. Kalau tidak, kau fikirlah tentang orang tersayang.

Iya, berulang-ulang juga kali aku katakan. Dewasa ini sebuah perjalanan yang panjang, bosan, dan meletihkan.

Tapi selagi mana perut kau tidak memulas teruk, ada katil untuk kau pillow talk on the phone setiap malam dengan Era, boleh mandi setiap hari, aku kira kau, kita semua antara orang yang beruntung.

Mungkin hidup begini perlahan adalah terbaik untuk kau dalam fasa dewasa.

Bersabarlah.

Borneo Komrad

Membangun gerakan anak muda dan mahasiswa yang mandiri dan pro kepada rakyat kelas bawah.

Leave a Reply

Close Menu